Sejarah

 

Jabatan Tenaga Manusia (JTM), yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Tenaga Rakyat (JTR), bertanggungjawab melaksanakan latihan kemahiran bagi melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir negara. Kemajuan teknologi dan pembangunan ekonomi negara mewujudkan peningkatan keperluan tenaga kerja yang kompeten yang berterusan mengikut kehendak industri. Oleh itu fungsi JTM diperkukuhkan dan menjadikan ia sebuah agensi peneraju dalam latihan kemahiran yang melatih pelajar lepasan sekolah dalam latihan prapekerjaan serta merangka program latihan separa masa bagi melatih semula pekerja sedia ada dalam bidang baru (reskilling) mahupun latihan peningkatan kemahiran (upskilling) untuk memastikan kemahiran mereka selari dengan keperluan semasa.

Bermula dengan penubuhan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur pada tahun 1964, kini JTM telah mempunyai 33 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia seluruh negara yang menawarkan pelbagai program di peringkat sijil sehingga ke peringkat diploma lanjutan. Institut Teknikal Jepun Malaysia (JMTI) yang ditubuhkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 merupakan ILJTM pertama yang menawarkan program di peringkat Diploma dan ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Jepun. Dalam RMK-7, 4 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) turut dibangunkan bagi menawarkan program di peringkat diploma.

Sehingga kini, terdapat 8 ADTEC dan 24 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) telah ditubuhkan di seluruh negara yang menawarkan 120 buah program dalam pelbagai bidang kemahiran pada tahap sijil sehingga ke diploma lanjutan.


 

Dari tahun penubuhannya sehingga kini, seramai lima belas orang telah menerajui jabatan ini. Ketua Pengarah yang pernah dan sedang menerajui jabatan ini adalah seperti senarai: 

Senarai Ketua Pengarah JTR-JTM
1.   En. Fong Soon Heng  
2.   En. Anuar Latip bin Abdul  
3.   En. Mahmud Bin Idris  
4.   Tuan Hj Alias Bin Sulaiman  
5.   Tuan Haji Hasnan Pie (16 Mei 1981 ~ 18 Oktober 1994)
6.   YBhg. Tan Sri Zainol Abidin Bin Abd. Rahsid (19 Oktober 1994 ~ 31 January 1998)
7.   YBhg. Dato' Nawi Bin Haji Ahmad (1 Feb 1998 ~ 11 September 2004)
8.   YBhg. Dato' Abdul Rashid Bin Saad (12 September 2004 ~ 24 Julai 2006)
9.   YBhg. Dato' Hj. Romli Bin Hj. Hassan (16 Ogos 2006 hingga 24 April 2014)
10.   YBhg. Dato' Chin Phaik Yoong (25 April 2014 hingga 25 Disember 2016)
11.   YBrs. Dr. Mary Wong Lai Lin (27 Disember 2016 sehingga 21 Ogos 2017)
12.   YBhg. Dato' Sri Nadzri Siron (18 September 2017 sehingga 24 Oktober 2017)
13.   YBhg. Datuk Muhd Khair Razman Bin Mohamed Annuar (25 Oktober 2017 sehingga Julai 2019)
14.   En. Sutekno Ahmad Belon  (Julai 2019 sehingga Januari 2021)
15.   En. Shakib Bin Ahmad Shakir (3 Februari 2021 sehingga kini)