Bahagian Khidmat Pengurusan

Objektif Bahagian Khidmat Pengurusan

Memberi khidmat dalam mengendali hal ehwal pentadbiran, perkhidmatan, perjawatan, kewangan dan perolehan serta ICT Jabatan Tenaga Manusia
Menentukan aktiviti-aktiviti Khidmat Pengurusan Jabatan Tenaga Manusia dijalankan dengan cekap dan berkesan
 

Khidmat Pengurusan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) terdiri daripada empat (4) Cawangan Utama:

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia
Cawangan Pengurusan Aset dan Pentadbiran
Cawangan Kewangan dan Perolehan
Cawangan Teknologi Maklumat

Cawangan Pengurusan Sumber Manusia

Cawangan ini terdiri daripada 2 unit iaitu :

Pembangunan Sumber Manusia dan Pengurusan Prestasi/Tatatertib

  • Menguruskan kursus/ latihan softskills di dalam dan luar negara
  • Menguruskan Mesy JK Tadbir Urus (JITU), JK Latihan (MJKL), Majlis Bersama Jabatan (MBJ), Lembaga Tatatertib dan Panel PPSM
  • Mentadbir dan menyelia pelaksanaan HRMIS Jabatan
  • Menyellia kes tatatertib Jabatan
  • Melaksana urusan kenaikan pangkat
  • Menyelia urusan tapisan keutuhan SPRM
  • Menguruskan permohonan tapisan keselamatan kakitangan Jabatan
  • HRMIS - menguruskan pelaksanaan HRMIS kepada kakitangan di Ibu Pejabat JTM dan ILJTM
     

Perkhidmatan dan Pembangunan Organisasi    

  • Melaksanakan urusan perkhidmatan yang melibatkan pelantikan, pengesahan, pemberian taraf berpencen, penamatan, persaraan Jabatan
  • Menguruskan permohonan berkaitan kemudahan, tuntutan dan permohonan cuti mengikut kategori yang diperincikan dalam Perintah Am Bab C
  • Menguruskan urusan penempatan pegawai dan perjawatan serta menjadi urusetia Mesy Pertukaran Jabatan
  • Menguruskan pelantikan PSH dan kontrak
  • Mengkaji keperluan perjawatan dan organisasi serta meluluskan hal-hal pembangunan organisasi Jabatan