Bahagian Kawalan Teknikal

Objektif Bahagian Kawalan Teknikal

  • Membangun dan menyelaraskan kurikulum latihan di ILJTM;
  • Menguruskan Penggubalan Soalan Peperiksaan Akhir ILJTM dan Pepeiksaan Kekompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST);
  • Menyelaras Persijilan Profesional Kekompetenan (ST, Kimpalan, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, dll) di ILJTM;
  • Mengurus Sistem Penilaian Latihan dan Persijilan Pelajar bagi Persijilan Jabatan Tenaga Manusia, SKM dan MQA;
  • Menyelaras Pentauliahan dan Pengiktirafan Program Latihan (Jabatan Pembangunan Kemahiran, Malaysia, Malaysia Qualification Agency (MQA) dan City and Guilds UK;
  • Menguruskan Pertandingan WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) dan Pengajar (MySkills), Pertandingan Kreativiti dan Inovasi (CITEC) serta Pertandingan Robocon dan Robot Challenge;
  • Menguruskan aktiviti hubungan industri melalui MoU atau Kerjasama Pintar bersama agensi awam/swasta;
  • Menyelaras Kursus Jangka Pendek (KJP) di ILJTM termasuk modular,customised, Persijilan Professional ;
  • Menyelaras Program Kerjasama Khas bersama Industri dan Agensi Pembiaya;
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di JTM dan ILJTM;
  • Menyelaras Perlaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) dan Persijilan ISO di JTM dan ILJTM.

Bahagian  Bahagian Kawalan Teknikal terdiri daripada tiga (3) unit utama iaitu :-

  • Unit Kurikulum & Pentauliahan
  • Unit Peperiksaan dan Persijilan
  • Unit Kerjasama dan Strategik

Unit Kurikulum & Pentauliahan

  • Merancang Kalendar Aktiviti Unit Kurikulum;
  • Mengenalpasti dan Mengurus Lantikan AJK Kerja Pembangunan Kurikulum;
  • Merancang dan Mengurus Bengkel Pembangunan Kurikulum;
  • Mengurus Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kurikulum;
  • Memantau Penggunaan Dan Pematuhan Silibus JTM.